Syariaat

Mungkin sering baca dan sering dengar kalimat tersebut, namun masih merupakan arti yang membingungkan bagi sebagaian orang.
syariaat adalah hal- hal berkaitan dengan aturan ibadat dan kehidupan.Oleh itu ia tidak lari dari memperkatakan soal pahala, dosa, haram halal, harus ,wajib,mubah dan juga perkara - perkara ghaib seperti barzakh, masyar, surga dan neraka.Banyak amal maka banyaklah pahalanya, banyak pahala maka mudahlah masuk ke surga .Begitu juga kalau banyak buat jahat hukumnya haram ,maka banyaklah dosa ,banyak dosa maka nerakalah tempatnya di akhirat nanti. Inilah yang dikatakan Jalan Syariaat. Selain dari solat fardu, banyakkan solat sunat, kemudian zikir, tahmid, dan takbir dan disudahi dengan doa. Dengan aturan yang sebegini apa lagi di jaga pula tertibnya pasti banyaklah pahala yang Allah beri seperti yang di janjikan
Jadi amal dan pahala seperti seiring pada jalan syariaat. Lantaran itulah kita perlu perbanyakkan amal ibadat baik yang fardhu mahupun yang disunatkan. Kerana ia adalah kewajipan dari setiap lelaki dan perempuan sebagaimana yang digariskan oleh Quran dan Hadis.
Oleh itu Allah melalui Malikat Jibrail menurunkan wahyu kepada Nabi Mohammad S.A.W yang di pilih sebagai Rasullah untuk mengatur hal - hal berkaitan ibadat dan kehidupan.
dan itu dinamakan Jalan Syariaat. Dibagi kepada dua perkara pokok yaitu;

HAK A.Hablum Minallah & HAK B.Hablum Minnas

HAK A. HABLUMMINALLAH
Hubungan Manusia Dengan Allah
1. Shahadah
2. Solat
3. Zakat
4. Puasa
5. Haji
Perkara di atas dinamakan rukun Islam termasuk dalam perkara - perkara yang berkaitan dengan syariaat iaitu yang di perintah oleh Tuhan SekelianNya ke atas manusia di muka bumi.
Untuk itu disertakan satu lagi rukun yang dinamakan Rukun Iman iaitu berkaitan dengan perkara menyakini dan memimani hal -hal ghaib kerana dapat memperkukuhkan lagi 5 Rukun Islam. Oleh itu Rukun Islam dan Rukun Iman saling berkait lengkap melengkapi antara sama lain. Islam tanpa Iman umpama pokok mati tidak hidup manakala Iman tanpa Islam bagaikan roh yang tidak berjasad. Rukun Iman terbahaginya kepada 6 perkara;
1. Percaya Pada Tuhan
2. Percaya Pada Rasul
3. Percaya Pada Kitab - Kitab
4. Percaya Pada Malaikat
5. Percaya Pada Kiamat
6. Percaya pada Qada dan Qadar
Oleh itu, jelas dalam memperkatakan Hablumminnallah iaitu Hubungan Manusia dengan Tuhan, tidak boleh tidak dua perkara asas perlu ada iaitu Islam dan Iman. Maka itu di gariskan supaya ianya dijadikan rukun iaitu aturannya Rukun Islam dan Rukun Iman. Keduanya tidak boleh dipisahkan.Umpama jasad dan rohnya termasuk urat dan nadinya agar ia dapat berfungsi.

HAK B.Hablum Minnas
Hubungan Manusia dengan Manusia
1. Muamalat
2. Munakahad
TAKSIRAN HABLUMMINANAS
Pada HAK B iaitu Hablumminannas ianya berkaitan dengan Hubungan Manusia Dengan Manusia. Selaras dengan tuntutan syariaat selain HAK A : HABLUMINALLAH iaitu Hubungan Manusia Dengan Tuhan, pada bahagian ini akan diperkatakan perkara - perkara yang berkaitan kemasyarakatan iaitu terbahagi kepada dua perkara utama.
1. Muamalat
Muamalat adalah perkara - perkara yang berkaitan perekonomian dan kewangan.Ini merupakan perkara asas yang perlu ada bukan saja untuk keluarga tetapi juga untuk masyarakat. Tidak lengkap Islam pada syariaat jika perkara muamalat tidak diberi penekanan sama seperti hal - hal ibadat kerana ia berkait langsung dengan perekonomian, kewangan dan pembangunan serta ketamadunan manusia sejagat. Dengan itu perkara muamalat tergolong ia dalam ibadat umum iaitu hal ehwal kemasyarakatan dan jalinan sesama insan.
Jadi, apa yang perlu ada dalam soal muamalat adalah hal -hal yang berkaitan dengan perancangan, menyusun, mendasar, mengatur, mencatit dan mengawal iaitu perkara -perkara seperti di bawah;
1.1 Sumbernya
1.2 kaedahnya
1.3 Urusannya/susunan
1.4 Hasilnya
1.5 Strukturnya
2. Munakahad
Mukakahad merupakan perkara - perkara yang berkaitan dengan Bidang Kuasa, Pentadbiran, Perundangan dan Penguatkuasaan.Juga menentukan corak dan kaedah pemerintahan yang sesuai dengan masa dan zamannya iaitu pada Tanggal 12 September 2004.
Secara umumnya di bawah perkara - perkara yang tersebut di atas adalah seperti dibawah;
2.1 Perkawinan dan Kekeluargaan
2.2 Jinayat/jenayah
2.3 Keselamatan
2.4 ketenteraman awam
2.5 Import,export
2.6 Zakat/Cukai
2.7 Tanah/hasil
2.8 Pendidikan dan pelajaran
2.9 Hak Asasi
2.10Laut
2.11Udara
2.13Komunikasi dan Tenaga
2.14Buruh
2.15Perniagaan
2.16Kebajikan dan Kemasyarakatan
2.17Bencana Alam
2.18Alam Sekitar
2.19Pertahanan
Aspek-aspek yang di sebut di atas terletak di bawah fungsinya masing - masing seperti yang ditetapkan.

outhor : SH.NADZIR AS SAGHIR